My Add

Friday 5 August 2011

Bila sidang tergempar Parlimen perlu diadakan

SIDANG tergempar Parlimen hanya perlu diadakan jika ada isu keselamatan negara yang perlu diselesaikan segera.


Pakar Undang-undang Perlembagaan Persekutuan, Penolong Profesor Dr Shamrahayu A Aziz berkata, bukan semua isu boleh membawa kepada sidang tergempar itu dan kuasa untuk memanggilnya ada di tangan Perdana Menteri.


Katanya, di dalam Perkara 14, Peraturan-Peraturan Mesyuarat Parlimen menyebut, Perdana Menteri sahaja yang boleh panggil sidang tergempar parlimen jika ketika itu di luar waktu bersidang.


Menurutnya. perkara ini berbeza pula jika Parlimen sedang bersidang kerana mana-mana ahli Parlimen boleh buat usul kepada speaker dewan untuk adakan sidang tergempar dan semua keputusan di tangan speaker dewan untuk meluluskan atau tidak.


Akhbar Sinar Harian memetik Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu sebagai berkata Perdana Menteri yang mengetuai Kabinet ketika ini yang juga ahli dewan boleh memanggil ahli-ahli Parlimen untuk sidang tergempar itu. Bagaimanapun, perkara itu perlu dilihat dari pelbagai sudut.


Pembangkang menuntut Perdana Menteri adakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) diluluskan sebagai warganegara yang didakwa dilakukan dalam waktu singkat.

No comments:

Post a Comment