My Add

Friday 5 August 2011

Gerakan terancang singkir Dr. Rosti dari Unisel

AKHBAR Utusan Malaysia dalam laporan terbaunya menyebut meskipun peletakan jawatan Dr. Rosti Saruwono sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) hanya berkuat kuasa Khamis (4 Ogos 201, namun, hakikatnya usaha untuk menyingkirkan beliau dari jawatan itu telah digerakkan secara terancang sejak Januari lalu.


Gerakan tersebut dipercayai bermula selepas beberapa pegawai kanan Unisel tidak berpuas hati kerana tidak dilantik untuk mengetuai pentadbiran universiti milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu.


Kesemua pegawai kanan universiti yang menggerakkan usaha menjatuhkan Dr. Rosti itu, dipercayai dipengaruhi oleh beberapa pemimpin pembangkang yang bimbang sekiranya ‘orang’ mereka tidak dilantik ke jawatan tertinggi itu, program untuk mempromosikan parti mereka akan terencat.


Menurut sumber dalaman Unisel, semuanya bermula apabila calon yang mendapat sokongan salah sebuah parti komponen pembangkang untuk menjadi proksi mereka di dalam universiti tersebut tidak diangkat ke jawatan tertinggi itu.


Pada Januari lalu, pegawai kanan tersebut, ada menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memfitnah Dr. Rosti dengan pelbagai tuduhan termasuk kegagalan beliau terlibat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang.


‘‘Antara perkara yang disebut dalam memorandum itu adalah kegagalan Dr. Rosti untuk hadir membantu jentera pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tahun lalu kerana beliau memberi alasan tidak mahu memihak kepada mana-mana parti.


‘‘Selain itu, Dr. Rosti juga diselar hanya kerana beliau tidak ‘tunjuk muka’ ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke kampus Unisel di Bestari Jaya selepas beberapa bulan beliau dilantik ke jawatan itu,” kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Memorandum itu juga menyelar tindakan Dr. Rosti yang tetap bertegas tidak mahu mempolitikkan institusi pendidikan selepas beliau menolak cadangan untuk menjemput Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas berceramah di kampus Unisel.


Bagaimanapun, menurut sumber itu, Dr. Rosti berjaya mendapat sokongan lima daripada tujuh dekan di Unisel, walaupun beliau teruk difitnah dengan pelbagai tuduhan oleh pihak atasan di universiti tersebut.


‘‘Dengan bukti dan hujah yang disebutkan itu jelas menunjukkan bahawa Dr. Rosti menerima tekanan politik daripada pihak pembangkang sepanjang beliau menjawat jawatan tertinggi di universiti tersebut hanya kerana ketegasannya tidak mahu institusi pendidikan diperalatkan oleh mana-mana parti politik,” kata sumber itu.

No comments:

Post a Comment