My Add

Saturday 29 October 2011

Ambil peluang lakukan saringan barah payudara percuma

SABTU. 29 Oktober, 2011: Kaum wanita di Malaysia hendaklah menggunakan sepenuhnya peluang perkhidmatan saringan barah payudara yang dilakukan secara percuma oleh pelbagai pertubuhan termasuk sektor swasta, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini.

Beliau berkata, mereka juga harus mempelajari teknik pemeriksaan payudara bagi membolehkan mereka mengambil tindakan sewajarnya jika mengesyaki mempunyai simptom penyakit yang boleh membawa maut itu, lapor Bernama.

"Menurut statistik, 32 peratus pesakit di kalangan wanita adalah penghidap barah payudara, diikuti kolorektal (10 peratus), servik (8.4 peratus), ovari (6.5 peratus) dan paru-paru (5.4 peratus),” kata beliau semasa merasmikan kempen Amal Barah Payudara Softlan di Kuala Lumpur.

Rosnah berkata, kementerian menyarankan tiga langkah mudah bagi wanita untuk memantau kesihatan payudara mereka dengan melihat, merasai dan bertindak.

Katanya, langkah melihat dan merasai boleh dilakukan dengan pemeriksaan sendiri iaitu belajar bagaimana mengenal pasti tanda-tanda permulaan kanser payudara, manakala bertindak dengan mengetahui apakah simptom barah itu dan tahu di mana hendak mendapatkan bantuan.

No comments:

Post a Comment