My Add

Tuesday 29 November 2011

Operasi periksa premis makanan ditingkat menjelang LIMA

LANGKAWI, SELASA, 29 november, 2011: 
OPERASI pemeriksaan premis makanan di Langkawi akan ditingkatkan menjelang Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) 6 Disember ini bagi memastikan makanan yang disediakan bersih dan selamat. 

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mansor Ismail, berkata premis restoran, dapur hotel, kedai, gerai, pembekal dan pengimport bahan basah di pulau peranginan ini akan diperiksa.

"Kita mahu pengusaha menyediakan makanan yang bersih dan berkualiti serta mengelak keracunan," katanya.

Beliau berkata, seramai 90 kakitangan termasuk 36 petugas tambahan dari enam daerah di Kedah akan menyertai operasi itu mulai 2 Disember ini. 

Tindakan menutup premis akan diambil jika pengusaha tidak mematuhi peraturan dan arahan yang dibuat, katanya. - BERNAM

No comments:

Post a Comment