My Add

Thursday 29 March 2012

DAP Pulau Pinang tidak adil?

Oleh ZABRY MOHAMAD

NIBONG TEBAL, RABU, 28 Mac, 2012: Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa bersikap tidak adil dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri ini apabila projek yang tidak mampu melonjakkan kualiti hidup penduduk dibina di Seberang Perai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bahagian pulau dilihat seperti diberikan keutamaan apabila banyak projek yang 'bagus' dibina di kawasan tersebut.

Sebagai kerajaan memerintah, ujarnya, DAP perlu bersikap adil dan tidak membeza-bezakan kawasan di negeri ini.

"Jangan anak tirikan rakyat di Seberang Perai dan memberi keutamaan di bahagian pulau sahaja.

"Kenapa tidak bina kilang panel solar di Bayan Lepas? Seberang Perai bukan kawasan longgokan sampah," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan bantuan awal persekolahan di Simpang Ampat di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment