My Add

Thursday 29 March 2012

Pembangkang terus berdolak-dalik

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Mac, 2012: Pakatan pembangkang terus berdolak-dalik berhubung isu pembubaran Parlimen di negeri tadbiran mereka sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini.

Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, isu utama ketika ini adalah ketelusan pilihan raya.

Katanya, keputusan sama ada mahu membubarkan Parlimen adalah bergantung kepada kebebasan sistem pilihan raya negara ini.

"Isu utama yang dibincangkan ialah mengenai proses pilihan raya. Itu adalah isu yang akan mempengaruhi keputusan kami terutama di negeri-negeri tadbiran kami.

"Pilihan sama ada nak buat bersama-sama atau tidak, ia masih terbuka. Kita masih berbincang dengan negeri-negeri (pembangkang) mengenai perkara ini, ada yang berpandangan kita patut adakan serentak dan ada yang tidak, belum ada keputusan lagi," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment