KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Jun, 2012: Islam amat menitikberatkan pembentukan sahsiah golongan belia kerana mereka yang akan mencorakkan hala tuju sesebuah negara serta jatuh bangunnya syiar Islam pada masa akan datang.
Sehubungan itu bekas Dekan Fakulti Syariah, Universiti Yarmouk Jordan, Syeikh Prof. Dr. Mohammad Oqlah al-Ali al-Ibrahim meminta kepada semua negara Islam supaya tidak sesekali meminggirkan golongan itu kerana ia hanya akan mengundang kesan negatif.
Beliau berkata, Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis pernah bertanyakan soalan kepada para sahabat mengenai apa yang mereka ingin Allah SWT kabulkan permintaan mereka di dunia.
Saidina Umar ketika menjawab soalan baginda telah menyatakan: "Aku bercita-cita agar Allah memberikan aku pemuda-pemuda yang hebat seperti Khalid Al-Walid, Abu Ubaidah dan Amr al-Jarrah supaya aku dapat kembangkan Islam melalui mereka, katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment