My Add

Saturday 29 September 2012

14 sukarelawan berlepas ke Myanmar untuk misi bantuan kemanusiaan

KUALA LUMPUR, SABTU, 29 September, 2012: Seramai 14 sukarelawan pasukan pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Myanmar Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bagi membantu etnik Rohingya berlepas ke negara itu pada jam 5 petang tadi.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pasukan itu berlepas ke Myanmar sebagai pemberi maklumat berhubung ketenteraman dan memantau 40 kontena yang menggunakan kapal Simar Birma bagi membawa 500 tan metrik bantuan dalam bentuk makanan, perubatan serta beberapa keperluan ke negara terbabit. 

"Hari Isnin ini, (pasukan sukarelawan ini) akan maklumkan kepada kita waktu yang sesuai untuk kita terbang dan menjadi perantara kedutaan Malaysia dan kerajaan di sana," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Azeez, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, tiga individu dilantik mengetuai misi tersebut iaitu Datuk Dr Alwi Abdul Rahman sebagai ketua kumpulan perubatan, Ahmad Zaini Kamaruzzaman (ketua kumpulan media) dan Md Farid Hassan (ketua kumpulan delegasi sukarelawan).

Pasukan Kedua Misi Bantuan Kemanusiaan Myanmar pula dijangka berlepas 3 Oktober ini dan pulang ke tanah air pada 10 Oktober.

Beliau berkata, bantuan itu juga tidak terhad kepada golongan masyarakat Islam Rohingya malah akan diberi kepada orang bukan Islam yang memerlukan di Myanmar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment