Dr. Zaini tidak gentar hadapi Salahuddin di Nusajaya
JOHOR BAHRU, RABU, 01 Mei, 2013: Calon baharu, Dr. Zaini Abu Bakar yang bakal bertanding menentang Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya, tidak gentar berhadapan dengan calon pakatan pembangkang yang dikatakan lebih popular daripadanya.
Ketika ditemui sebentar tadi, Dr. Zaini dengan penuh keyakinan berkata, beliau percaya para pengundi di kawasannnya masih mahu melihat calon Barisan Nasional (BN) menjadi ketua mereka.
"Saya akui berdepan dengan saingan yang bukan calang-calang namun sepanjang kempen, saya melihat pen duduk cenderung menyokong BN yang sentiasa mendahului dan memenuhi aspirasi rakyat," katanya.
Pada pilihan raya lalu, BN melalui calonnya yang juga Pengerusi BN Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 7,384 undi. - KOSMO!
No comments:
Post a Comment