My Add

Thursday, 2 May 2013

Polis wanita Indonesia tenangkan penunjuk perasaan dengan tarian kuda

SURABAYA, EABU, 01 Mei, 2013: Indonesia - Sekumpulan anggota polis wanita mengambil pendekatan luar biasa dengan mempersembah tarian kuda Gangnam Style bagi mengawal penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan sempena Hari Buruh semalam.

Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan bersorak gembira ketika 80 anggota polis wanita mempersembahkan tarian yang dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy.

Malah ada dalam kalangan penunjuk perasaan itu turut serta menari bersama-sama anggota polis berkenaan.

“Para penunjuk perasaan menjadi begitu teruja. Mereka gembira dan ia merupakan satu penghormatan untuk menggembirakan mereka,” kata salah seorang anggota polis kepada agensi berita AFP. - AFP/KOSMO!

No comments:

Post a Comment