My Add

Wednesday, 1 May 2013

Guan Eng masih membisu isu 'salah taip'

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG, RABU, 01 Mei, 2013: Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri kesal dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang masih membisu berhubung perbezaan kos asal projek pembinaan terowong dasar laut dan tiga rangkaian lebuh raya.

Naib Ketuanya, Shaik Hussein Mydin berkata, Guan Eng perlu memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara itu supaya rakyat tidak lagi keliru.

"Ke manakah hilangnya perbezaan kos asal terowong bernilai RM4.08 billion dengan nilai tawaran tender kepada konsortium kontraktor sebanyak RM6.3 bilion.

"Perbezaan antara kos asal yang 'hilang' adalah terlalu tinggi iaitu sebanyak RM2.22 bilion," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment