Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
KUALA LUMPUR, RABU, 01 Mei, 2013: Klip video berjudul 'Malaysia Prophecy from Jerusalem' yang tersebar melalui laman YouTube baru-baru ini, membuktikan dakwaan yang mengaitkan pakatan pembangkang dengan kuasa asing khususnya dari Yahudi atau Israel adalah berasas.
Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana dalam video tersebut, sekumpulan manusia di Baitulmaqdis, Israel telah 'berdoa' untuk pembentukan sebuah 'kerajaan baharu' di Malaysia.
Sudah tentu, katanya, kerajaan baharu yang diharapkan oleh kumpulan tersebut supaya pro-Kristian serta mesra Israel, merujuk kepada pakatan pembangkang.
"Kita pun tahu sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas penyebaran klip video berdurasi 16:53 minit itu yang dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai Karen Dunham.
Dalam video berkenaan, sekumpulan penceramah telah berkumpul di sebuah gereja di Baitulmaqdis memohon doa dan berharap sebuah kerajaan baharu yang menyebelahi Kristian dan Israel ditubuhkan selepas pilihan raya umum.
Jika perkaitan itu tidak benar, Azwanddin berkata, Anwar perlu tampil menafikannya dan menyatakan semula pendiriannya dengan lebih jelas tentang sokongannya kepada Israel.
"Saya juga minta pimpinan tertinggi Pas, terutama Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian mereka mengenai hal ini.
"Saya mahu mereka nafikan 'kerajaan baharu' itu adalah pembangkang dan adakah mereka akan menerima dasar hubungan diplomatik dengan Israel jika memerintah negara ini,'' katanya.
Sementara itu, GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, kemunculan video tersebut tidak mengejutkan kerana 'kerajaan baharu' yang diharapkan oleh orang di Israel itu dilihat dapat memberi 'keuntungan' kepada mereka.
Ini kerana, kata beliau, kerajaan pada hari ini bukan sahaja tidak menjalin hubungan diplomatik, malah tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
Menurut Azmi, Malaysia terbukti mempunyai pengaruh yang kuat apabila diiktiraf oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan moden.
"Malah pengaruh Malaysia mengatasi Arab Saudi. Sudah tentu Israel mahu mendapat sokongan dari negara ini terutama dalam isu melibatkan Israel-Palestin.
"Tetapi malang bagi Israel, kerajaan hari ini berpihak kepada Palestin dan perkara itu merugikan mereka,'' katanya.
Tambahan pula, menurut beliau, dalam 'aku janji' Barisan Nasional (BN) ada dinyatakan tentang perjuangan untuk terus membantu menubuhkan sebuah negara Palestin berdaulat.
"Mungkin Israel telah terbaca tentang perkara tersebut dan mereka terpaksa mencari jalan agar Malaysia tetap berpihak kepada mereka.
"Dalam situasi sedemikian, Israel mungkin melihat pakatan pembangkang dapat memenuhi hasrat mereka. Apatah lagi tidak disebut tentang perjuangan penubuhan negara Palestin dalam manifesto pembangkang,'' katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment