Projek baik pulih rumah penduduk di Lahad Datu siap akhir bulan ini
LAHAD DATU, RABU, 01 Mei, 2013: Projek membaik pulih rumah penduduk yang terjejas akibat insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dijangka siap sepenuhnya akhir bulan ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ketika ini, sebanyak 71 daripada 108 buah rumah telah dibaik pulih.
"Baik pulih rumah di Tanjung Batu dan Tanjung Labian sedang dijalankan melibatkan dua agensi pelaksana iaitu Felcra dan GiatMara.
"Sebanyak 51 daripada 52 buah rumah telah dibaik pulih oleh Felcra manakala 20 daripada 56 buah rumah telah dibaik pulih oleh GiatMara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sistem Solar Hibrid di Kampung Lok Buani, di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment