Pengundi Cina setia bersama BN
MARAN, RABU, 01 Mei, 2013: Masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul di sini menyokong penuh kepimpinan Barisan Nasional (BN).
Menurut ketua masyarakat itu di Sungai Jerik, Tan King Hwa, 56, seluruh komuniti Cina di situ akan memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada calon BN, Datuk Shahaniza Samsudin.
"Kami juga berbesar hati kalau Datuk Shahaniza menjadi Exco dalam kerajaan negeri Pahang kerana yakin dengan kualiti kepimpinan yang dia ada.
"Selain itu kaum India dan Melayu juga sentiasa menyenangi beliau sepanjang berkhidmat di sini sejak penggal lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Komposisi masyarakat di Sungai Jerik terdiri daripada 742 pengundi Cina, diikuti 217 India dan 186 Melayu.
Dalam pada itu, Shahaniza semasa ditemui selepas mengadakan lawatan mesra di Sungai Jerik berkata, sokongan pengundi di DUN Kuala Sentul semakin meningkat.
Tambah Shahaniza, beliau juga yakin BN akan mengekalkan rekod kemenangan di DUN tersebut yang disandangnya.
"Kita yakin akan dapat sekurang-kurangnya 1,000 majoriti tambahan berbanding penggal lalu.
"Sokongan di Felda juga semakin meningkat selepas generasi muda di kawasan tersebut semakin menyedari tipu daya pembangkang," katanya. - KOSMO!
No comments:
Post a Comment