My Add

Thursday, 2 May 2013

PRU-13: Anwar penipu besar, hanya bercita-cita jadi PM - Tun Dr. Mahathir

Oleh HELMI MOHD. FOAD

SHAH ALAM, RABU, 01 Mei, 2013: Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab menerima kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam UMNO sehingga membolehkan pemimpin parti pembangkang itu mendaki ke jawatan Timbalan Perdana Menteri disifatkan sebagai seorang penipu besar.

Bekas Perdana Menteri berkata, orang seperti Anwar nyata mementingkan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup memburuk-burukkan parti yang pernah mengangkatnya sehingga menjadi pemimpin nombor dua dalam parti dan negara.

"Dia penipu besar kerana berjaya tipu saya. Sebab saya tidak mudah ditipu tetapi (Anwar) adalah manusia yang pandai. Kata hendak masuk UMNO, saya tengok dia warak, boleh jadi imam dan baca khutbah dan ada janggut sedikit.

"Saya hairan dia cukup warak nampak mirip keIslaman tentu pilih Pas bukan UMNO tetapi minta masuk UMNO, eloklah bagi imej baik kepada parti,'' katanya ketika berceramah dalam program Amanat Negawaran Tun Dr. Mahathir Bersama Rakyat Shah Alam di Seksyen 6 di sini malam ini.. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment