My Add

Thursday, 2 May 2013

PRU-13: Ceramah DAP gagal tarik kehadiran kaum Melayu, India

Oleh THOMAS CHONG

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Mei, 2013: Walaupun menjemput pemimpin kanan pembangkang dari Kuala Lumpur dan Selangor seperti Elizabeth Wong dan Lim Lip Eng, ceramah anjuran DAP di Taman Sri Bintang di sini malam tadi Rgal mendapat sambutan kaum India dan Melayu.

Tinjauan di lokasi ceramah tersebut yang terletak di kawasan sempadan kerusi Parlimen Segambut dan Kepong mendapati hampir 100 peratus orang yang datang ke ceramah itu terdiri daripada kaum Cina.

Pengerusi majlis dan penceramah pada mulanya kelihatan menggunakan dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan Mandarin tetapi bertukar kepada menggunakan Mandarin, Kantonis dan bahasa Inggeris selepas mengesan tiada penduduk Melayu yang hadir.

Dalam program tersebut, penceramah DAP kelihatan mengitar semula beberapa isu lama termasuk pengundi hantu walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berkali-kali membuktikan dakwaan itu sebagai tidak benar. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment