My Add

Thursday, 2 May 2013

PRU-13: Ummi Hafilda hairan Pas boleh dicucuk hidung oleh Anwar

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

 *UMMI Hafilda Ali berucap dalam ceramahnya di Rumah Kediaman Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Maznah Abdul Ghani, Villa Mandario, Kampung Kawang di Papar malam tadi. - UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN
PAPAR, RABU, 01 Mei, 2013; Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali hairan bagaimana pemimpin Pas gagal membimbing Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mereka pula yang dicucuk hidung oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Dia yang merupakan saksi utama perbicaraan tuduhan liwat Anwar berkata, selain tidak berjaya mentarbiah Ketua Pembangkang itu atas pelbagai kesalahan moral, pemimpin Pas seakan-akan 'membebaskan' Anwar daripada tindakan bersekongkol dengan Yahudi.

Menurutnya, perbuatan tersebut merupakan satu tindakan pengkianatan besar kepada negara dan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

"Jangan biarkan pengkhianat negara menjadi pemimpin, ia sangat berbahaya kepada kita yang berada di negara Islam ini,"katanya dalam majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Kawang, dekat sini malam tadi.

Yang hadir sama Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail dan calon DUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Bahadar Khan.

Kira-kira 3,000 orang ahli Jalinan Rakyat (JR) turut hadir dalam majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment