My Add

Thursday, 2 May 2013

PRU-13: Pas parti 5 peratus - TPM

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Mei, 2013: Pas hanya layak digelar sebagai 'parti 5 peratus' kerana sanggup mengetepikan dasar perjuangan membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud semata-mata mahu bekerjasama dengan DAP.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika benar Pas mahu berjuang dalam landasan Islam, membela umat Islam dan menegakkan syiar Islam, mereka tidak harus tunduk dengan desakan DAP.

"Kenyataan Pas kononnya masalah antara mereka 95 peratus selesai, hanya lima peratus sahaja tidak selesai. Apa lima peratus itu? Lima peratus itu ialah perjuangan Pas sejak dahulu untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hudud. Itu Pas kata lima peratus.

"Kalau betul mahu berjuang atas landasan Islam, kenapa perlu tunduk pada DAP? Ini kerana Pas tidak ada kekuatan dan hanya menjadi kuda tunggangan kepada DAP," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 penduduk Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment