My Add

Wednesday, 1 May 2013

PRU13: Abdullah sifatkan kritikan Guan Eng tidak berasas

KEPALA BATAS, RABU, 01 Mei, 2013: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdulah Ahmad Badawi menyifatkan sebagai tidak berasas kritikan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai rancangan Kerajaan Pusat membina rumah kos rendah dan sederhana di Pulau Pinang.

Abdulah berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan yang memerintah Pulau Pinang tetapi kebajikan rakyat tetap diambil berat dan menjadi keutamaan kepada kerajaan pusat.

Ia (kerajaan pusat) tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang dalam semua aspek terutama pembangunan dan ekonomi, katanya.

"BN apabila berjanji, selalu menepatinya dan saya rasa apa yang Perdana Menteri umumkan semasa melawat Pulau Pinang semalam akan ditunaikan seperti yang dijanjinya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil 1Malaysia Giat Mara di Pinang Tunggal, di sini.

Abdullah mengulas kenyataan Lim hari ini yang menuduh Perdana Menteri terdesak membuat janji kosong pilihan raya dan secara tidak jujur mengulangi janji mengenai pembinaan rumah kos rendah dan sederhana itu.

Dalam lawatan itu, Najib antara lain mengumumkan akan membina 9,999 buah rumah mampu milik di kawasan Air Putih, Air Hitam dan Paya Terubong serta akan memindahkan depoh tahanan warga asing di Perkampungan Juru ke kawasan lain. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment