My Add

Wednesday, 1 May 2013

SPAD kemuka laporan cadangan kereta api laju KL-Singapura

JOHOR BAHRU, RABU, 01 Mei, 2013: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengemukakan laporan mengenai cadangan projek Kereta Api Laju kepada Majlis Ekonomi (EC) tidak lama lagi, kata Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar.

"Kami akan bentangkan cadangan itu kepada EC dan Kabinet, dan semua laporan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita pada Majlis Janji Ditepati di Kompleks Belia dan Sukan di sini hari ini.

"Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju pada dasarnya melaksana projek kereta api berkelajuan tinggi itu. Ia akan dibincangkan secara mendalam pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura,” katanya.

Malaysia dan Singapura bersetuju melaksanakan projek itu, yang dianggap sebagai ‘game changer’ antara Kuala Lumpur dan republik itu menjelang 2020.

Persetujuan itu dibuat semasa sesi pemukiman pemimpin antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, Februari lepas.

Apabila siap, perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura hanya mengambil masa 90 minit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment