My Add

Wednesday, 1 May 2013

Pegawai penerangan Pas isytihar tidak sokong Pakatan Rakyat
 
KUALA LUMPUR, RABU, 01 Mei, 2013: Seorang pegawai penerangan Pas Kelantan hari ini menarik diri daripada menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat konflik dalam kalangan parti yang menganggotainya akan menjadi lebih teruk jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Abdul Hamid Derani, yang juga penceramah Pas Pusat berkata, ini jelas dibuktikan apabila pakatan Pas-DAP-PKR tidak sepakat dalam soal penamaan calon baru-baru ini yang menjurus kepada pertembungan sesama mereka pada PRU-13.

Beliau menjangkakan ia akan bertambah serius dalam soal mengisi jawatan penting jika pakatan perlu menubuhkan kerajaan.

"Kerana itulah saya tarik diri daripada menyokong Pakatan Rakyat tetapi masih dalam Pas. Saya bersedia menerima tindakan. Saya yakin saya akan dipecat.

"Itu tidak penting, yang penting saya cakap benar biarpun pahit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Hamid mendedahkan banyak penyelewengan berlaku dalam Pakatan Rakyat dan Pas tidak didedahkan, sebaliknya mereka sentiasa mencari salah UMNO dan Barisan Nasional. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment