GEORGE TOWN, RABU, 12 Sept Simptom lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) harus didedahkan kepada ibu bapa dan guru bagi menangani gejala itu dalam kalangan remaja terutama yang masih belajar.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata tidak ramai dalam kalangan masyarakat yang memahami atau mengenali simptom LGBT, khususnya tanda-tanda awal terjebak.
"Sudah sampai masanya isu LGBT ini dibincang secara terbuka dan tidak dianggap sebagai "taboo"," katanya selepas merasmikan Seminar Keibubapaan Dalam Menangani Isu LGBT, di sini hari ini. - BERNAMA
My Add
Showing posts with label EMBER. Show all posts
Showing posts with label EMBER. Show all posts
Wednesday, 12 September 2012
Monday, 10 September 2012
Datuk Ramli Juhari dilantik Setiausaha SPA
PUTRAJAYA, ISNIN, 10 September, 2012: Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Ramli Juhari dilantik sebagai Setiausaha SPA yang ke-17, menggantikan Datuk Lamien Sawiyo berkuatkuasa esok.
Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata Ramli, 57, lulusan Manchester University dalam bidang Sumber Manusia, dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara mengambil kira pengalaman beliau selama 24 tahun berkhidmat di SPA, iaitu mulai Mei 1989.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penolong Setiausaha, Ketua Penolong Setiausaha dan akhir sekali Timbalan Setiausaha (Pengambilan), katanya dalam kenyataan diedarkan pada majlis penyerahan nota serah tugas jawatan di sini hari ini.
Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SPA Datuk Segarajah Ratnalingam.
Mahmood berkata Lamien, yang mula bertugas sebagai Setiausaha di SPA sejak Februari 2008, akan bertukar ke Parlimen sebagai Ketua Pentadbir Parlimen, juga berkuatkuasa esok, menggantikan Datuk Ngah Senik yang tamat tempoh perkhidmatan. - BERNAMA
Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata Ramli, 57, lulusan Manchester University dalam bidang Sumber Manusia, dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara mengambil kira pengalaman beliau selama 24 tahun berkhidmat di SPA, iaitu mulai Mei 1989.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penolong Setiausaha, Ketua Penolong Setiausaha dan akhir sekali Timbalan Setiausaha (Pengambilan), katanya dalam kenyataan diedarkan pada majlis penyerahan nota serah tugas jawatan di sini hari ini.
Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SPA Datuk Segarajah Ratnalingam.
Mahmood berkata Lamien, yang mula bertugas sebagai Setiausaha di SPA sejak Februari 2008, akan bertukar ke Parlimen sebagai Ketua Pentadbir Parlimen, juga berkuatkuasa esok, menggantikan Datuk Ngah Senik yang tamat tempoh perkhidmatan. - BERNAMA
Friday, 9 December 2011
Hudud mainan politik Pas
BACHOK, JUMAAT, 09 Disember, 2011:
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan Persekutuan tidak boleh disabitkan sebagai punca kegagalan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana rakyat telah memberi mandat kepada Pas mentadbir kerajaan negeri lebih 21 tahun.
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan Persekutuan tidak boleh disabitkan sebagai punca kegagalan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana rakyat telah memberi mandat kepada Pas mentadbir kerajaan negeri lebih 21 tahun.
Katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan penghalang, sebaliknya kepimpinan Pas boleh melaksanakan di negeri yang ditadbir mengikut prosedur perundangan, namun perjuangan untuk merealisasikan hukum hudud terhenti begitu sahaja.
"Kenapa kepimpinan Pas perlu takut kepada Perlembagaan Persekutuan sedangkan hasrat mereka adalah untuk mengangkat martabat perundangan Islam? Amanah rakyat dipersiakan dengan slogan dan teori sahaja dan gagal diuruskan secara bijaksana, sebaliknya menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Ihsan Bencana Banjir kepada 207 ketua keluarga di Sekolah Kebangsaan Pak Badol, dekat sini semalam,
lapor TOREK SULONG.
Hadir sama, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain.
Mohamed Nazri berkata, rakyat Kelantan perlu mendapatkan maklum balas dan jawapan yang terperinci daripada kepimpinan Pas berhubung kegagalan pelaksanaan hukum hudud yang digembar-gemburkan mereka dan tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan kononnya ia mendapat tentangan kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, dakwaan yang menyatakan kerajaan Persekutuan tidak membenarkan pelaksanaannya hanya helah politik bertujuan mengabui mata rakyat supaya terus menyokong Pas pada pilihan raya umum.
"Nak buat, buatlah jangan dijadikan isu politik menjelang pilihan raya. Jangan kaitkan lagi dengan kerajaan Persekutuan. Ini helah politik lapuk yang sudah disedari oleh rakyat.
"Saya cuma nak tanya apakah pemimpin Pas lebih takutkan Perlembagaan Persekutuan, walhal mereka mendakwa berjuang untuk menegakkan hukum agama. Mana satu yang mereka nak pakai kerana tiada sebarang usaha dilakukan sehingga sekarang?" soalnya. - UM
Sunday, 4 December 2011
Projek letak kereta: Guan Eng perlu bertanggungjawaba
JOHOR BAHRU, AHAF, 04 Disember, 2011:
KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab atas kegagalan projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Dr Yen Yen, yaaang menyuaarakan kekecewaannya, menuntut jawapan daripada Guan Eng, selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi yang bertanggungjawab menguruskan projek itu yang dibiayai kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan.
"Jika mereka tidak boleh membina tempat letak kereta, apa lagi yang mereka boleh lakukan?” katanya pada sidang akhbar selepas amerasmikan Fabulous Food 1Malaysia - Street Food Festival 2011 di Johor Jaya, malam tadi.
Dr Yen Yen berkata, Guan Eng mesti memberi jawapan dan menegaskan bahawa peletakan jawatan seorang atau dua orang berhubung perkara itu tidak memadai.
Pada Sabtu lalu, Guan Eng dilaporkan berkata, tempat letak kereta bertingkat-tingkat itu akan dirobohkan, direka semula dan dibina semula seperti yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.
Projek itu yang disiapkan pada Mac lepas, gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana rekaannya yang lemah. – Bernama
Sunday, 27 November 2011
30 syarikat Teras bumiputera dipilih
Najib Tun Razak bersalaman dengan para hadirin pada Majlis Pelancaran Program Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR,AHAD, 27 November, 2011:
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemilihan 30 syarikat bumiputera sebagai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS).
Beliau berkata, kumpulan pertama syarikat TeraS itu mempunyai 3,350 pekerja dan berjaya menjana perolehan sebanyak RM900 juta pada tahun lalu.
Menurutnya, bagi meningkatkan jumlah itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 100 syarikat TeraS akan dipilih dalam tempoh tiga bulan ini.
''Istimewanya program ini, syarikat TeraS akan mendapat akses kepada peluang perniagaan baru, pembiayaan, guna tenaga berbakat dan perkhidmatan nasihat perniagaan.
''Ini termasuk perolehan kerajaan di mana Kementerian Kewangan dan kementerian lain akan mengenal pasti peluang yang khusus daripada projek tersedia. Syarikat TeraS juga akan diberi keutamaan untuk membuat bidaan dengan syarat mereka mengemukakan bidaan berdaya saing,'' katanya.
Beliau berucap melancarkan program Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.
SAIFULIZAM MOHAMAD dalam laporannya menyebut antara 30 syarikat TeraS yang terpilih adalah Asturi Metal Builders (M) Sdn. Bhd; Gagasan Carriers Sdn. Bhd.; WSA Capital Corporation Sdn. Bhd; Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd. dan Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd.
SAIFULIZAM MOHAMAD dalam laporannya menyebut antara 30 syarikat TeraS yang terpilih adalah Asturi Metal Builders (M) Sdn. Bhd; Gagasan Carriers Sdn. Bhd.; WSA Capital Corporation Sdn. Bhd; Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd. dan Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai hasrat Teraju membantu 1,100 syarikat bumiputera mengembangkan perniagaan bukan sahaja di peringkat domestik malah, di peringkat serantau.
''Di sini saya juga ingin menggalakkan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pertumbuhan baru antaranya bidang kesejahteraan kesihatan, teknologi hijau, sektor kreatif dan media.
''Selain itu, mereka digalakkan terlibat dalam bidang minyak dan gas, industri pembinaan, industri halal, kewangan Islam, pelancongan dan hospitaliti serta tenaga. Sektor-sektor ini boleh mendatangkan peluang besar dan pulangan lumayan,'' katanya.
Sementara itu, Najib berkata, pemberian insentif berbentuk ekuiti melibatkan individu bumiputera yang berkebolehan dan berkepakaran juga perlu dilaksanakan.
''Saya yakin melalui langkah ini ia akan memastikan syarikat tersebut terus diterajui dengan baik seterusnya menyumbang kepada peningkatan pemilikan ekuiti secara langsung.
''Salah satu contoh kerjasama ke arah itu ialah termeterainya perjanjian antara Teraju, Mara dan Johor Corporation (JCorp). Perjanjian ini merupakan usaha mempertingkatkan pemilikan ekuiti dan membangunkan usahawan korporat bumiputera,'' katanya. - Mingguan Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)