My Add

Saturday, 30 July 2011

Harapan tinggi Najib BN pilihan utama rakyat

MESKIPUN entah bila pilihan raya umum akan diadakan. namun Najib Razak mula melontar harapan tinggi kepada komponen Barisan Nasional (BN) supaya jangan tergelincir daripada landasan perjuangan utamanya. Landasan perjuangan utama BN ialah membantu serta menyelesaikan masalah rakyat.



Menurut laporan akhbar, Pengerusi BN itu dipetik sebagai berkata, BN tidak boleh tergelincir daripada landasan perjuangan utamanya jika mahu parti menjadi pilihan utama rakyat. Katanya dalam persekitaran politik baru, BN perlu menjadi parti yang diyakini mampu memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah rakyat supaya dapat menutup peluang pihak lain melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah rakyat.



Perdana Menteri berikrar, walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutama daripada pihak pembangkang, BN adalah sebuah parti yang tetap utuh dan tidak goyah dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat. Pembangkang boleh buat apa saja tapi BN tidak akan lari daripada tanggungjawab membela nasib rakyat Malaysia. Apa yang penting BN amat serius dan komited.



Mengikut Najib, daripada isu rumah, harga ayam dan keperluan lain, kerajaan akan tetap memperjuangkannya demi kepentingan rakyat. Sebab itu BN, kalau tidak tergelincir daripada landasan ini, BN akan tetap menjadi pilihan rakyat.

Kerajaan Pas akui rumah urut berambah di Kedah

KERAJAAN Pas Kedah mengakui pusat-pusat hiburan dan rumah urut memang bertambah sejak mengambil alih pentadbiran di negeri itu.


Menurut Exco kerajaan negeri, Dr. Ismail Salleh, pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram kerana tiada lesen baru dikeluarkan, malah sukar dibendung kerana penguatkuasaan yang lemah atas faktor-faktor tertentu.


Dr. Ismail tidak pula menjelaskan faktor-faktor tersebut.


Akhbar Utusan Malaysia melaporkan penduduk di bandar Sungai Petani kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.


Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.


Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.


“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.


“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.


Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.


“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.


Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.


“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.


Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.


Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Thursday, 28 July 2011

Pembangkang terburu-buru, bodoh sombong

SEMUA pihak, khususnya pembangkang jangan bersikap bodoh sombong terburu-buru membuat persepsi awal terhadap sistem biometrik selagi keberkesanan sistem itu belum diuji. Jangan tolak mentah-mentah kerana cadangan penggunaan sistem itu masih di peringkat kajian dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)akan mengundang pemimpin politik termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama mengujinya.

Sebab itu, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar meminta semua pihak bersikap positif terhadap pelaksanaan sistem biometrik bagi memudahkan SPR membuat semakan kesahihan data pengundi melalui imbasan ibu jari.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Wan Ahmad meminta semua pihak jangan terburu-buru buat penilaian. Uji dahulu. Ibu jari Tuhan cipta semuanya berlainan dan tidak akan berlaku imbasan biometrik yang sama. Kata Wan Ahmad, pembangkang, apa sahaja yang SPR nak buat, belum terima penjelasan dari SPR, belum uji, sudah buat penilaian. SPR pun masih dalam proses mengkaji sistem itu. Selepas kajian selesai dan SPR sendiri berpuas hati, semua akan dipanggil untuk mengujinya.

Wan Ahmad mengulus tindakan pembangkang menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang tanpa mendengar penjelasan SPR terlebih dahulu. Jika sistem itu dilaksanakan, Malaysia akan menjadi negara pertama yang menggunakan biometrik untuk tujuan pengundian pilihan raya.

Majoriti rakyat arif dan faham sikap pembangkang, dia sahaja yang betul.