My Add

Wednesday 28 September 2011

Ahmad Jaism makin stabil


KEADAAN terkini kesihatan penyanyi veteran, Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali Ahmad Jais, 75, dilaporkan semakin stabil.

 Anaknya, Maimun Mohd Jais, 31, berkata, bapanya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), di Shah Alam.

“Ayah semakin stabil, tetapi masih menggunakan mesin bantuan pernafasan

“Namun, ayah belum sedar kerana diberi suntikan oleh doktor untuk membolehkannya berehat,” katanya ketika dihubungi semalam.Beliau berkata, ramai rakan seperjuangan bapanya yang datang melawat antaranya Datuk Sharifah Aini, Datuk A Rahman Hassan dan artis baru, termasuk Haziq.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi melawat dan berharap ayah semakin pulih,” katanya.Maimun menafikan ayahnya mengalami serangan jantung sebaliknya hanya membabitkan sesak nafas.

Ahmad Jais dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi DEMC awal pagi Sabtu lalu akibat sesak nafas sebelum dipindahkan ke wad ICU pada Ahad lalu sehingga semalam. - Metro.


No comments:

Post a Comment