My Add

Tuesday 27 September 2011

Pemimpin masa depan perlu kreatif, berinovasi - Najib

DATUK Seri Najib Tun Razak semalam berkata, cabaran bagi golongan pemimpin muda adalah untuk mengembangkan daya kreativiti, kemahiran dan inovasi yang menjangkau bidang keusahawanan dan perniagaan mereka.

Jelas Perdana Menteri, golongan muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan perlu melihat kaedah kreatif secara serius untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama serta mewujudkan persekitaran ekonomi dan sosial yang positif bagi rakyat mencapai kesejahteraan.

"Dalam erti kata lain, saya mahu anda semua berusaha dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk Malaysia dan diri anda,” katanya pada majlis Anugerah Usahawan Muda Kreatif 2011 (JCI CYEA) anjuran Junior Chamber International Malaysia (JCIM) di Petaling Jaya,

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Najib berkata, sikap kreativiti adalah penting bagi seseorang sekiranya mahu bersaing dan berjaya di pasaran antarabangsa.

"Kreativiti memberi anda lebih kelebihan dengan pesaing sama ada ianya kreativi dari segi reka bentuk, pembuatan, pembungkusan, perkhidmatan, pemasaran atau pengedaran,” katanya. — Bernama.

No comments:

Post a Comment