My Add

Thursday 29 November 2012

Jangan berguru ilmu agama dengan buku - Nooh Gadut

JOHOR BAHRU, RABU, 28 November, 2012; Masyarakat Islam di negara ini dinasihat agar merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama Islam negeri sebelum membaca mana-mana buku agama yang diterbitkan dari negara luar.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut berkata, kebelakangan ini, pihaknya mengesan terdapat banyak buku agama terbitan negara luar terutamanya dari Indonesia yang turut menyelitkan ilmu kebatinan dan sihir yang dikhuatiri boleh menyesatkan akidah umat Islam di negara ini.

"Saya menyarankan sebelum membeli sesuatu buku itu, buat penyelidikan tentang latar belakang syarikat penerbitan dengan merujuk dahulu kepada pihak yang lebih berpengetahuan seperti Jakim, MAINJ ataupun mana-mana individu yang arif tentang agama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment