PRU-13: Siew Fook perlekeh polis, politikkan kes Shaharudin
SEREMBAN, ISNIN,29 April, 2013: Selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) tempoh hari, Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook kini memperlekeh pula anggota polis.
Dalam satu ceramah di Taman Bidara, dekat sini lewat petang semalam, Siew Fook menuduh anggota polis lemah dan lebih banyak tertumpu memeriksa ahli politik sehingga tidak mampu menangani kes-kes jenayah.
Malahan beliau turut mempolitikkan kejadian tembakan ke atas Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim dengan mengaitkannya dengan kelemahan polis.
"Kita akan rombak semua polis," kata Siew Fook dalam ceramahnya itu. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment