My Add

Wednesday, 1 May 2013

Kerajaan Pulau Pinang patut malu kerana tidak tunai janji

KEPALA BATAS, RABU, 01 Mei, 2013: Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu merasa bersalah kepada rakyat negeri ini kerana gagal menunaikan janji untuk membina rumah mampu milik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, rakyat Pulau Pinang terpaksa menerima hakikat kerajaan negeri sedia ada hanya pandai menabur janji kosong.

"Ketua Menteri, Lim Guan Eng memang bijak membidas apa saja projek kerajaan termasuklah perumahan yang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini.

"Walaupun projek membina 9,999 rumah mampu milik tiada dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Barisan Nasional (BN) tapi saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib laksanakan.

"Itu bezanya antara kerajaan DAP dengan BN. Apa jua yang menguntungkan rakyat kita laksanakan walaupun di negeri pembangkang," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Sehari Bersama Mara di Kompleks Sukan Komuniti Pinang - KOSMO!

No comments:

Post a Comment