My Add

Saturday 28 December 2013

4 NGO dijangka buat kecoh sambutan Tahun Baharu

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 Disember, 2013: Polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment