My Add

Saturday 29 March 2014

Karpal undur diri sebagai Pengerusi DAP

KUALA LUMPUR, SABTU, 29 Mac, 2014: Ahli politik veteran Karpal Singh hari ini mengumumkan beliau mengundur diri sebagai Pengerusi DAP sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dihadapinya.

Dalam satu kenyataan di sini, Karpal Singh berkata, timbalan pengerusi parti, Tan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras, akan menjadi pemangku Pengerusi.

"Saya tidak boleh, sehinggalah sabitan diketepikan atau denda dikurangkan di bawah RM2,000, untuk terus menjadi Pengerusi DAP.

"Dalam keadaan ini, saya dengan ini mengumumkan, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telahpun difailkan, pengunduran diri saya sebagai Pengerusi DAP," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Karpal Singh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mac mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948, kerana mempersoal keputusan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai

Menteri Besar Perak pada 6 Feb 2009.

Sementara itu di GEORGE TOWN, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kedudukan Karpal Singh dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan dibiarkan kosong selama yang perlu.

Perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat CEC pada 7 April ini, kata Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, kepada pemberita di sini.

"DAP akan terus menunggu kembalinya Karpal Singh dengan membenarkan jawatan yang sedia ada dikosongkan," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment