My Add

Monday, 29 April 2013

Artis bantu kutipan dana Aman Palestin

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

KUALA LUMPUR, AHADM 28 April, 2913l Pelantikan duta Aman Palestin dilihat dapat menambah jumlah kutipan dana itu secara meluas melalui pengaruh duta-duta itu sebagai artis.

Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, penglibatan artis dapat menghebahkan lagi tujuan kutipan itu ke dunia seni dan peminat-peminat artis berkenaan.

"Kalau sebelum ini hebahan banyak di lakukan pada majlis-majlis agama, tetapi kini tidak lagi dengan kehadiran artis-artis sebagai duta.

"Peminat-peminat artis itu dan mereka yang berada di industri seni juga sudah semakin tahu mengenai Aman Palestin dan bersedia menyumbangkan dana," jelasnya.

Antara artis-artis yang menjadi duta Aman Palestin termasuklah Heliza Helmi, Salimah Habibi, Farah Adeeba dan Zoey Rahman.

Mengenai perkembangan terbaharu yang akan dilakukan Aman Palestin, ujar Abdullah Zaik, mereka akan membawa sejumlah kanak-kanak di Gaza, Palestin untuk melakukan pembedahan di tanah air.

"Kita akan bawa kanak-kanak di Gaza ke Malaysia dan lakukan rawatan talesemia iaitu perpindahan sum sum tulang.

"Rawatan itu akan di jalankan di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya, melibatkan belanja sebanyak RM 300,000," katanya. - UTUSAN ONLIN

No comments:

Post a Comment