Jambatan gantung runtuh di Thailand, lima terbunuh
BANGKOK, ISNIN, 29 April, 2013: Sekurang-kurangnya lima orang maut dan 15 lagi cedera apabila sebuah jambatan gantung runtuh di wilayah tengah Thailand semalam.
Akhbar Bangkok Post melaporkan, punca kejadian yang berlaku di wilayah Ayutthaya, kira-kira 90 kilometer di utara Bangkok, dipercayai akibat tali yang menyokong jambatan tersebut terputus.
Insiden berkenaan turut menyebabkan sejumlah besar pejalan kaki dan penunggang motosikal terjatuh ke dalam sungai Pak Sak.
Jambatan itu yang dibina pada 1982, mempunyai ukuran empat meter lebar dan panjang 120 meter. - DPA/UTUSAN
No comments:
Post a Comment