My Add

Monday, 29 April 2013

Rakyat Malaysia perlukan inovasi sains

KUALA LUMPUR, AHAD, 28 April, 2013: Rakyat Malaysia perlu mengukuhkan budaya inovasi sains untuk mencapai aspirasi negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, inovasi sains, terutamanya dalam ekonomi, perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.

"Sains meresap menerusi semua peringkat ekonomi dan masyarakat termasuk kesihatan, kesejahteraan, sumber manusia, teknologi, pembuatan dan perkhidmatan awam.

"Sains dalam ekonomi sangat penting bagi Malaysia kerana kita sedang menuju peringkat ketiga pembangunan yang merupakan peringkat yang didorong oleh inovasi dan ia pada asasnya adalah tentang sains," katanya kepada Bernama selepas persidangan "Sains dan Ekonomi:Perubahan Bagi Malaysia", semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment