My Add

Monday, 29 April 2013

TLDM akan saman pihak politikkan pemilikan Scorpene

LUMUT, AHAD, 29 April, 2013: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus memfitnah dan mempolitikkan isu kapal selam Scorpene, terutama ketika berkempen.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, pihaknya mendapat maklumat ada beberapa calon pilihan raya yang berterusan mempertikai pembelian kapal selam terbabit selain mendakwa aset berkenaan tidak berfungsi.

"...saya dengar banyak cerita dan saya sedang mengumpul bukti.. saya cabar mereka untuk menzahirkan kenyataan itu secara bertulis jika mereka berani.

"Kemudian bersedialah untuk berhadapan dengan saman fitnah... kita sudah berlembut sangat dengan mereka sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan warga TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua inventori, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak itu berada dalam keadaan terbaik malah telah menyelam ke kedalaman maksimum dan penembakan di dalam air yang menepati sasaran sejauh 55 kilometer.

"Saya telah berlayar tiga kali... ianya berjalan lancar malah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri sudah belayar dan beliau sendiri mengakui keupayaan kapal selam tersebut dan berbangga dengan keupayaannya," katanya.

Mengenai dakwaan calon pilihan raya Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd. Hamid dihalang berkempen di Pangkalan Lumut, beliau berkata, dasar TLDM tidak membenarkan ceramah atau kempen politik dalam kawasan berkenaan.

"Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dibenar masuk kerana beliau tidak bercakap mengenai politik, beliau ke sini untuk bercakap tentang perpaduan manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula ke sini atas kapasiti sebagai Menteri Pertahanan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment