My Add

Thursday, 6 February 2014

Enam geng 'Mat Petai' ditahan

Oleh MASZUREEN HADZMAN

 * KHAIRUDDIN Saad (dua dari kiri) menunjukkan barang curi kes pecah rumah dan samun dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, RABU, 05 Februari, 2014: Polis berjaya menyelesaikan kes pecah rumah dan kenderaan selepas menahan enam lelaki termasuk ketuanya yang dikenali sebagai geng 'Mat Petai' dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tasik Tambahan, Ampang di sini, Isnin lalu.

Kumpulan penjenayah itu dipercayai turut melakukan dua kes pecah rumah di Bandar Baru Ampang di sini, sepanjang tempoh cuti perayaan Tahun Baharu Cina, dengan nilai kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000

Serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Polis Ampang hasil maklumat dan risikan.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui dua pemotong besi, dua pemutar skru, satu besi boleh laras dan satu sepana dipercayai digunakan sebagai peralatan pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, hasil tangkapan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lebih 20 kes berkaitan di sekitar Ampang.

Beliau berkata, pihaknya yakin kegiatan jenayah yang aktif dilakukan geng 'Mat Petai' sejak dua tahun lalu akan selesai sepenuhnya sekiranya tiga lagi ahli mereka yang masih bebas diberkas dalam masa terdekat.

"Kesemua suspek yang ditangkap berusia dalam lingkungan 20-an dan ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati lima daripada yang ditahan positif dadah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya di sini hari ini.

Sementara itu, Khairuldin memberitahu, hasil soal siasat yang dijalankan, seorang lagi suspek ditahan di Apartmen Taman Mulia Jaya, Ampang merupakan orang tengah membeli barangan yang dicuri geng terbabit.

"Kita juga menjumpai pelbagai jenis barang yang dicuri oleh kumpulan itu berupa sembilan unit komputer riba pelbagai jenama, topi keledar berjenama (8), televisyen (2) dan satu mesin pencetak jenama Lexmark.

"Turut ditemui radio kereta pelbagai jenama (4), tiga set walkie-talkie (3), dekoder Astro (2), smart tag (1) dan dapur gas jenama Lazzimo (1)," ujarnya.

Kesemua suspek terlibat kini ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment