Oleh NUR HANANI AZMAN
Calon BN Parlimen Cheras, Teoh Chee Hooi berkata, tiada guna hendak melakukan pelbagai perubahan terhadap kerajaan yang sedia jika mentaliti kita masih di takuk lama.
Katanya, meletakkan harapan tinggi terhadap pihak pembangkang untuk melakukan perubahan adalah satu kesilapan kerana parti itu sering kali mengecewakan rakyat.
"Pemikiran rakyat negara ini harus berubah seiring dengan transformasi yang telah dilaksanakan untuk meletakkan Malaysia seiring dengan negara maju.
"Oleh itu, aktiviti seperti ceramah dan berjumpa para pengundi di pasar pagi (misalnya) bertujuan mendekatkan diri dengan penduduk Cheras bagi mengubah pemikiran mereka," katanya ketika menyampaikan ceramah kempen, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment