My Add

Monday, 29 April 2013

Iraq gantung lesen siaran TV galak keganasan, sengketa

BAGHDAD, ISNIN, 29 April, 2013: Kerajaan Iraq menggantung lesen 10 saluran televisyen satelit, termasuk siaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Qatar, atas kesalahan menggalakkan unsur-unsur keganasan dan persengketaan.

Pegawai Tertinggi Suruhanjaya Komunikasi dan Media, Mujahid Abu al-Hail berkata, tindakan itu diambil selepas kesemua siaran televisyen terbabit didapati menggunakan bahasa dan intipati rancangan yang menggalakkan kedua-dua unsur berkenaan.

"Saluran televisyen tersebut perlu menghentikan siaran di Iraq dan tidak dibenarkan membuat liputan sebarang majlis di negara ini," jelasnya. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment