My Add

Monday, 29 April 2013

Pemilik bangunan runtuh di Bangladesh ditahan

DHAKA, ISNIN, 29 April, 2013: Polis Bangladesh semalam menahan pemilik bangunan lapan tingkat yang runtuh baru-baru ini ketika angka kematian meningkat kepada 372 orang.

Sumber keselamatan melaporkan, Sohel Rana, seorang ahli politik tempatan ditangkap berdekatan sempadan India dan dihantar ke Dhaka untuk menjalani siasatan.

Selain kes runtuhan tersebut, Rana turut berdepan tuduhan menggunakan bahan-bahan berkualiti rendah untuk pembinaan bangunan itu yang siap pada 2006. - DPA/UTUSAN

No comments:

Post a Comment