My Add

Wednesday 30 April 2014

Martabatkan bahasa Melayu

 * PARA peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu bersalaman dengan keluarga angkat pada Majlis Perpisahan Program Inap Desa PABM 2014 di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, Selangor, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
HULU SELANGOR, SELASA, 29 April, 2014: Bahasa Melayu di negara ini wajar dimartabatkan secara bersungguh-sungguh dalam era globalisasi agar kekal sebagai bahasa kebangsaan dan tidak pupus ditelan zaman.

Peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2014, Maria Mitsura, 21, dari Rusia berkata, bahasa ibunda sangat bermakna dan merupakan nadi kepada penyatuan masyarakat sesebuah negara.

Ujarnya, pelbagai inisiatif yang realistik perlu disusun dan dilaksanakan agar dapat dihayati generasi baharu.

“Saya sayangkan bahasa Melayu kerana sangat indah dan paling mudah dipelajari. Tidak hairanlah mengapa masyarakat asing sangat selesa dan senang memahami pertuturan yang ‘unik’ ini.

“Kita perlu bersama-sama pikul tanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu agar dikenali ke seluruh dunia," katanya ketika ditemui dalam majlis penutup Program Inap Desa PABM 2014 di Felda Sungai Tengi, di sini hari ini.

Program penutupan melibatkan seramai 80 peserta daripada 75 buah negara tersebut disempurnakan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Sementara itu, peserta dari Iraq, Waleed Basil Mohammad Ali, 26, mengakui berasa sedih untuk meninggalkan Malaysia setelah menetap hampir dua bulan di bumi yang kaya dengan budaya ini.

Tambahnya, dia juga tertarik dengan tradisi ‘rewang’ masyarakat di sini di samping keramahan penduduk tempatan yang tidak lekang memberikan senyuman.

“Saya telah jatuh cinta dengan bumi Malaysia. Semua pengalaman manis dapat dikongsi bersama," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment