My Add

Tuesday 29 April 2014

Pengayuh cacat penglihatan mula kayuhan pecah rekod hari ini

REMBAU, SELASA, 29 April, 2014: Tiga Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dan tiga pembantu memulakan kayuhan mereka dari sini ke Putrajaya hari ini untuk mencatat rekod dalam The Malaysia Book Of Records (MBR) bagi kayuhan basikal tandem dengan jarak paling jauh oleh satu kumpulan (cacat penglihatan).

Tiga peserta OKU yang menyertai acara kayuhan basikal tandem selama dua hari dari Rembau ke Putrajaya sejauh 190 kilometer itu ialah Presiden Persatuan Sukan Rekreasi OKU Penglihatan Negeri Sembilan Shamsul Anuar Amat Kasi, 43, Shaharuddin Sidek, 53, dan Mohd Shahir Ramli, 24.

Para peserta dilepaskan oleh Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman di kediaman rasminya di sini. Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr. Awaludin Said serta Pengarah Belia dan Sukan negeri Azura Sarbin.

Acara itu adalah anjuran Persatuan Sukan Rekreasi OKU Penglihatan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ghombau Cycling Community Club, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta Jabatan Penjara.

Shamsul Anuar berkata acara itu diadakan selepas kejayaan mereka disenaraikan dalam MBR bagi kayuhan basikal tandem dari Rembau ke Rantau sejauh 110 kilometer oleh satu kumpulan (cacat penglihatan) pada Disember 2013. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment