My Add

Wednesday 30 May 2012

Kenyataan Nizar tidak wajar: Zambry

IPOH, RABU, 30 Mei, 2012: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyifatkan kritikan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim, berhubung bidaan nombor plat WWW 1, sebagai tidak wajar.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak terkejut Mohammad Nizar boleh mengeluarkan kritikan seumpama itu kerana bekas Menteri Besar Perak itu sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang tidak betul sehingga mengelirukan rakyat.

"Mohamad Nizar sepatutnya menyemak fakta dan membuat kajian sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohammad Nizar berhubung laporan bahawa Sultan Johor memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.

Mohammad Nizar menyatakan dalam Twitternya bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

Akhbar hari ini melaporkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan bidaan nombor plat WWW 1 oleh ayahanda baginda, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment