My Add

Wednesday 30 May 2012

Najib terima kunjungan hormat Senator McCain dan Lieberman


*NAJIB menunjukkan keindahan Putrajaya kepada John McCain (kiri) dan Joseph Liberman dalam lawatan dua Senator dari Amerika Syarikat itu di Bangunan Perdana Putra, hari ini. - Foto BERNAMA 

PUTRAJAYA, RABU, 30 Mei, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat daripada Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Kedua-dua senator itu diiringi Duta Khas ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Datuk Paul W. Jones.

Kemudian, McCain dari Arizona dan Lieberman dari Connecticut juga melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra di sini.

Kedua-dua mereka berada di Malaysia bagi lawatan mulai hari ini hingga 1 Jun. Mereka dijemput oleh Majlis Perniagaan Malaysia untuk menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012 yang dilancarkan perdana menteri semalamm - BERNAMA

No comments:

Post a Comment