My Add

Wednesday 30 May 2012

Persatuan Islam China minta bantu hal pengurusan haji

*JAMIL Khir Baharom menerima kunjungan hurmat Guo Chengzhen, Naib Presiden dan Setiausaha Agung Persatuan Islam China di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

PUTRAJAYA, SELASA, 29 Mei, 2012: Persatuan Islam China yang mengadakan lawatan selama tiga hari bermula Sabtu lepas ke negara ini berminat mempelajari cara Tabung Haji menguruskan perjalanan jemaah ke Tanah Suci Mekah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, persatuan diwakili oleh Naib Presiden yang juga Setiausaha Agungnya, Guo Chengzhen mahu Tabung Haji membantu mereka dalam hal pengurusan jemaah haji.

"Mereka meminta agar diberikan artikel-artikel mengenai penubuhan Tabung Haji termasuklah kuasa serta akta penubuhan.

"Selain itu, pihak persatuan tersebut mahu mengetahui tambang dan kos yang terlibat dalam pengurusan jemaah haji ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat delegasi persatuan tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Delegasi yang terdiri daripada 14 pucuk pimpinan Persatuan Islam China itu turut berminat dengan cara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membangunkan agama Islam di negara ini.

Jamil Khir berkata, mereka juga berjanji akan mengadakan lawatan ke negara ini sekali lagi bagi membincangkan soal pengurusan halal.

"Ini kerana kita mempunyai urusan yang panjang dengan China berkaitan perkara halal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment