GUA MUSANG, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali perlu membersihkan namanya selepas dikaitkan dengan skandal seks selepas gambar yang dikatakan miripnya didedahkan oleh beberapa laman blog.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Azmin perlu tampil untuk memberikan penjelasan mengenai gambar-gambar tersebut.
"Itu terpulang kepada Azmin, saya tidak boleh komen apa, dia sendiri kena bela dan bersih diri dia," katanya kepada pemberita selepas selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penyebaran gambar aksi lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip Azmin di laman blog baru-baru ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment