Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
KUALA LUMPUR, SELASA, 29 Oktober, 2013: Malaysia dan China bersetuju untuk merapatkan lagi kerjasama dalam bidang pertahanan terutamanya melalui eksesais bersama, selain pertukaran pegawai-pegawai tentera laut dan ketenteraan.
Perkara tersebut dinyatakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini berada di Beijing sempena lawatan kerja ke republik itu.
Menurutnya, persetujuan itu turut merangkumi penubuhan kerjasama dalam bidang industri pertahanan, usaha-usaha memerangi keganasan dan jenayah transnasional.
Malah jelas beliau, buat pertama kalinya kedua-dua negara dijangka menganjurkan eksesais bersama pada tahun depan sejak memorandum persefahaman tentang kerjasama pertahanan ditandatangani pada 2005.
''Malaysia juga bercadang menganjurkan eksesais antara perkhidmatan (Army-to-Army, Navy-to-Navy dan Air Force-to-Air Force) pada tahun depan.
''Semasa lawatan kerja ini, saya akan bertemu Menteri Pertahanan China, Jeneral Chang Wanquan dan berbincang tentang persetujuan yang dicapai untuk meningkatkan kerjasama strategik lebih komprehensif,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Lawatan kerja tersebut merupakan kunjungan sulung Hishammuddin ke China sejak memegang portfolio Menteri Pertahanan, Mei lalu.
Tujuan lawatan itu adalah untuk memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala antara Malaysia dengan China dan susulan kunjungan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada 3 hingga 5 Oktober lalu.
Hishammuddin memberitahu, pihaknya juga mengundang Wanquan untuk melawat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar bagi melancarkan penubuhan 'hubungan terus' antara Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) dengan Pemerintah Armada Laut Selatan China (Chinese Southern Sea Fleet Command).
''Selain pertemuan dengan beliau (Wangquan), saya juga akan menemui beberapa pemimpin tertinggi China termasuk Timbalan Pengerusi 1 Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (Central Military Commission), Jeneral Fan Changlong.
''Pada masa sama, saya dan rombongan juga akan dibawa melawat Ibu Pejabat Pemerintah Armada Laut Selatan China yang terletak di Zhanjiang dan melawat Wilayah Ketenteraan Guangzhou (Guangzhou Military Region) yang merupakan salah satu daripada tujuh wilayah pentadbiran ketenteraan di China,'' jelasnya.
Katanya, secara amnya Malaysia telah mempunyai hubungan rasmi pertahanan dengan China sejak 2005 tetapi terhad kepada pertukaran lawatan dan pendidikan.
''Dengan lawatan ini, hubungan pertahanan Malaysia-China diharap dapat dikembangkan ke bidang-bidang lain dan mengukuhkan interaksi antara kedua-dua negara,'' tambahnya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment