*ANGGOTA Malbatt 850-1 bersalaman dengan keluarga masing-masing di balai pelepasan, Bangunan Pergerakan Udara, Subang, semalam. - utusan/AZLAN HANDI ABU BAKAR |
Menurutnya, semua itu dilakukan demi menjaga keamanan sejagat dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Katanya, dia berasa bangga dan gembira kerana terpilih menjadi sebahagian anggota Kumpulan Kedua Malbatt 850-1, sekali gus mengalas tanggungjawab penting negara.
"Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga dan isteri, Noor Fatihah Zahari, 24, yang sedang mengandung enam bulan, namun doa dan kata-kata perangsang akan sentiasa menjadi iringan sepanjang berada di Lebanon.
"Lagipun ahli keluarga sudah sedia memahami tugas angkatan tentera yang turut terlibat melaksanakan bantuan kemanusiaan di negara-negara bergolak," katanya ketika ditemui pemberita bersempena majlis penghantaran Kumpulan Kedua Malbatt 850-1 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Sebanyak 16 pegawai dan 224 anggota lain-lain pangkat termasuk seorang pegawai dan 11 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terlibat dalam misi kali ini.
Anggota Malbatt berkenaan merupakan kumpulan kedua yang diketuai Timbalan Komander Malbatt 8501-1, Leftenan Kolonel Mohd. Tahar Abdul Razak selepas kumpulan pertama berlepas pada 22 Oktober lalu.
Tambah Mohamad Sany, sudah menjadi harapan seluruh angkatan tentera dan ahli keluarga terbabit agar semua perancangan berjalan lancar dan berjaya sepanjang misi dilaksanakan.
"Namun, kita juga sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan kebarangkalian berlaku kerana itu adalah cabaran yang perlu ditempuh bagi setiap petugas," katanya.
Sementara itu, Koperal Abdul Latif Salam, 30, yang berasal dari Sarawak berkata, terpilih sebagai anggota Malbatt adalah membanggakan bagi seorang tentera kerana tidak semua berpeluang menggalas amanah yang diamanahkan oleh negara.
Katanya, pelbagai persediaan telah dilakukan bagi meningkatkan tahap ketahanan mental dan fizikal.
"Sebelum menyertai Unifil ini, kami turut menjalani latihan dalam usaha memantapkan lagi peranan dan tugas yang diberikan," katanya yang bertugas di bahagian kereta perisai.
Seorang anggota ADBD, Koperal Siti Azlina Awang Asli, 32, yang bertugas sebagai pembantu perubatan turut melahirkan rasa bangga dan bertuah kerana menjadi antara lima anggota wanita ABDB terpilih menyertai Unifil, sekali gus mengharumkan nama negara.
"Saya berharap dengan penyertaan ini dapat memberikan lebih banyak perkongsian dan pengalaman baharu kepada kami," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment