My Add

Wednesday, 30 October 2013

PRK Sungai Limau: Kempen pilihan raya terkawal - Polis

ALOR SETAR, SELASA, 29 Oktober, 2013: Kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau berlangsung dalam keadaan terkawal sekalipun terdapat ramai penyokong dari luar, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau berkata polis juga dapat menangani aktiviti yang berlangsung sejak kempen bermula pada 23 Okt lepas.

"Yang penting sekarang kita kena banyakkan rondaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis persaraan pegawai polis kontinjen Kedah di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai perjalanan PRK DUN Sungai Limau pada 4 November ini yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dan Mohd Azam Abd Samat, 37.

Beliau juga berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kegiatan jenayah.

Beliau juga turut mengingatkan penyokong parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya faham, dalam tempoh berkempen ini, calon-calon akan membawa masuk penyokong-penyokong yang datang dari dalam dan luar Sungai Limau dan itu tidak menjadi masalah kepada kita.

"Tapi yang penting aktiviti berkempen mestilah mengikut peraturan, dan sekiranya gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan kita akan ambil tindakan terhadap mereka menurut Akta Pilihan Raya," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment