* GAMBAR fail menunjukkan Hisham Othman memberi taklimat mengenai Suprima S ketika majlis pelancarannya di ibu negara Ogos lalu. Proton memperkenalkan model tersebut di Indonesia bagi pasaran negara jiran itu. - UTUSAN |
Pelancaran Proton Suprima S dibuat dalam tempoh empat bulan selepas Proton Preve diperkenal di Indonesia.
Ketua Pegawai Operasi Proton (Komersil), Hisham Othman dalam satu kenyataan menyebut Proton berharap Suprima S dapat menawan hari peminat kereta di republik itu.
"Proton terus komited untuk memenuhi permintaan pelanggan dan akan terus mengeluarkan pelbagai produk yang menjadikan pemanduan menarik dan memuaskan.
"Yang lebih penting, kereta yang selamat, berkualiti tinggi dan berbaloi."
Proton Suprima S dilengkapi standard keselamatan tertinggi, selain memperoleh penarafan 5 Bintang ANCAP. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment