*TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) berkenan mendengar taklimat mengenai buku bertajuk Places of Lights daripada Yousuf Alobaidaly (kiri) ketika melawat Masjid Al-Sheikh Zayed, di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu, semalam. Hadir sama, Ahmad Anwer Adnan (dua dari kanan) dan Khairul Yusni Yusof (belakang, dua dari kiri). - BERNAMA |
Duta Besar Malaysia di UAE, Datuk Ahmad Anwer Adnan memberitahu, ini berdasarkan pembangunan yang berjalan secara berterusan di UAE terutama di ibu negaranya, Abu Dhabi dan Dubai sehingga menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada kalangan profesional dari luar.
"Memang ada tenaga profesional khususnya dalam bidang kejuruteraan bekerja di sini tetapi di UAE sekarang ini termasuk Abu Dhabi dan Dubai, masih terdapat banyak peluang pekerjaan.
"Secara keseluruhannya, hanya terdapat dalam lingkungan 6,000 tenaga pakar dari Malaysia yang bekerja di UAE. Kebanyakannya terlibat dalam bidang pembinaan atau bekerja dengan syarikat minyak dan gas," katanya ketika memberi taklimat kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini.
Raja Muda Perlis dalam rangka lawatan kerja sehari ke Abu Dhabi bersama Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS).
Yang turut sama, Pengarah Perhubungan Kerajaan AUCMS, Datuk Khairul Yusni Yusof dan Pengarah Wilayah/Konsul Pelajaran Asia Barat-Afrika Utara, Shushilil Azam Shuib.
Selain itu, kata Ahmad Anwer, syarikat gergasi di Malaysia seharusnya mencari peluang pelaburan di sini berikutan kerancakan pembangunan di negara tersebut.
Sementara itu, Shushilil Azam berkata, pihaknya menjalankan pelbagai bentuk promosi untuk menarik lebih ramai pelajar dari rantau Asia Barat ke Malaysia.
"Harga ditawarkan oleh universiti di Malaysia pun berpatutan, malah kita mempunyai modul pelajaran cukup berkualiti.
"Ini menjadikan negara kita sebagai pilihan, malah dengan menggiatkan promosi, kita jangkakan permintaan pelajar dari negara teluk untuk mengikuti pengajian di universiti Malaysia akan bertambah dari semasa ke semasa,'' jelasnya.
Pelajar-pelajar khususnya dari negara yang baharu sahaja pulih daripada peperangan, sudah pasti mahu mendapatkan kemahiran dengan mengikuti pengajian di Malaysia, ujar beliau.
Katanya, pelajar-pelajar tersebut mahu membantu membangunkan semula negara mereka yang rosak teruk akibat peperangan.
Dalam rangka lawatan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) berkesempatan mengunjungi Masjid Al-Sheikh Zayed yang cukup terkenal bukan sahaja di UAE, malah dalam kalangan pelancong.
Sempena kunjungan tersebut, baginda turut menyampaikan cenderahati MAIPS kepada Pengurus Besar masjid berkenaan, Yousuf Alobaidaly. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment