Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR, RABU, 30 Oktober, 2013: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan pembangkang kehilangan modal selepas menjadikan Bajet 2014 sebagai modal memburukkan kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah.
Walau bagaimanapun, menurut Khairy, beliau percaya usaha pembangkang itu tidak mampu mempengaruhi pengundi dalam PRK tersebut yang sudah lama dahagakan pelbagai bentuk pembangunan.
Katanya, pengundi muda terutamanya akan membuat pilihan bijak memilih Barisan Nasional (BN) selepas mempertimbangkan secara rasional inti pati Bajet 2014 biarpun dokumen berkenaan dijadikan bahan untuk menghentam kerajaan dengan cara memanipulasi fakta.
Pembangkang seperti sudah terdesak kerana mereka sedar banyak kesilapan dilakukan semasa berkempen di Sungai Limau.
Oleh itu, saya nasihatkan kepada pengundi di situ memilih BN jika mereka inginkan pembangunan dan kemajuan dan sekiranya orang muda inginkan pekerjaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas rayuan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu kepada pengundi DUN Sungai Limau supaya memilih calon parti itu sebagai protes kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal diperkenalkan kerajaan menerusi Bajet 2014.
Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Mat Sabu cuba menjadi bijak pandai dengan membohongi rakyat sedangkan beliau sendiri tidak memahami mengenai GST.
Katanya, penduduk Sungai Limau perlu membuat penilaian adil berhubung setiap tindakan kerajaan termasuk menerusi pelaksanaan GST yang bertujuan memperkukuhkan ekonomi dan kestabilan negara.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwang berkata, tindakan pembangkang tersebut tidak menghairankan kerana mereka sentiasa menyebarkan informasi salah supaya kerajaan dilihat tidak membela rakyat. - UTUSAN
* CALON Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, Dr. Sohaimi Lazim menikmati jamuan bersama pengundi masyarakat Cina di Sungai Limau Dalam, Yan, semalam. |

No comments:
Post a Comment